Tonton drama bersiri komedi sebagai tayangan penonton TV3 di slot Dahlia
berjudul ROXY Full Episod pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 7.00
malam. Drama sebanyak 20 episod ini merupakan arahan M.Nazir Juhan
ataupun lebih dikenali sebagai Jet Lee dan nukilan skrip oleh Adza Emie, Azal
Ezreen serta Intan Zarina Hassan. Pelakon-pelakon handalan tanah air
digabungkan menerusi drama ini seperti Azlee Khairi, Eira Syazira, Nadiyah
Shahab, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Tony Eusoff, Zack Kool, Kween
Keela, Oktovia Manrose, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan Chilokk, Amyza Aznan dan
ramai lagi.
JUDUL : Roxy #roxy
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 25 Jun 202
Waktu Siaran: Sabtu-Ahad, 7:00 malam
Rangkaian: TV3
Idea Asal: Syarizan Md Isa, Zizan Nin
Skrip: Adza Emie, Intan Zarina Hassan, Azal Ezreen, Marini Mat Zain
Pengarah: M. Nazir Juhan (Jet Lee)
Produksi: Aquila Emas Sdn Bhd
Pelakon: Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam
Mika, Zizan Nin, Tony Eusoff, Zack Kool, Kween Keela, Oktovia Manrose, Roy
Azman, Atu Zero, Chiwan Chilok, Amyza Aznan, Aliff Zulkarnain, Ramli Long
Watak Pelakon
Nadiyah Shahab sebagai Roxy
Azlee Khairi sebagai Aqil
Eira Syazira sebagai Arissa
Zack Kool sebagai Profesor Melon
Aqeesh Aleeya sebagai Amira
Kween Keela sebagai Shushen
Zizan Nin sebagai Darma
Sinopsis Roxy
ROXY mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil
lakonan Azlee Khairi dan Arissa yang dilakonkan oleh Eira Syazira yang
sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri
berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan
pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang
cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar. Aqil bertindak membawa pulang
sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya
sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri. Kehidupan
harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran
ROXY (Nadiyah Syahab) hasil pemberian nama oleh Amar. Amira dan Amar
kini menganggap ROXY sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur,
amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja.
Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran
ROXY seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin
telah jatuh cinta dengan ROXY yang dipercayai sebagai seorang gadis
sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai
menantu. Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela pula sentiasa mahu
mencungkil rahsia ROXY kerana beranggapan ROXY ialah pendatang asing tanpa
izin. Bukan itu sahaja, ROXY turut dilamar oleh seorang pakar
dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan
Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta
untuk produk suaminya. Ingin tahu apakah akan terjadi pada ROXY? Adakah
robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi
keluarga Aqil dan Arissa?