Tonton drama bersiri 'Pelangi Hati' disiarkan setiap hari bermula 28 Oktober 2021 pukul 12 tengah malam di salran RTM TV Okey (Freeview 110 / Astro 146).
JUDUL : PELANGI HATI
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 28 Oktober 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 12 tengah malam
RANGKAIAN : TV Okey
SKRIP : Amaz Mazilan
PENGARAH : Adon Dagok
PRODUKSI : Megaday Media Sdn Bhd
PELAKON : Kuza, Zarul Husin, Cha Cha Maembong, Rosnah Johari, Natasha Charmaine, Anding, Adam Yusuf, Ryry Ryun, Tony Eusoff, May May Fung, Hasnol, Ezmir Sadriq, Jefree Saly, Adrzim Hariz, Illy Mohtada, Nur Fatihah, Zalfa Zin, Mary Puspa, Fattah Abdul
WATAK PELAKON
Kuza sebagai Sarimah
Zarul Husin sebagai Awang Hamidi
Cha Cha Maembong sebagai Tania
Rosnah Johari sebagai Dayang Lufya
Adam Yusof sebagai Mikael
Ryry Ryun sebagai Zaharah
Natasha Charmaine sebagai Faizah
May May Fung sebagai Dayang Hatijah
LAGU TEMA
Perasaanku - Fieya Julia
SINOPSIS PELANGI HATI
Mengisahkan Sarimah seorang anak yatim piatu berhijrah dari Kuching, Sarawak ke Cameron Hinglands ekoran diceraikan suaminya Awang Hamidi hasil daripada hasutan dan fitnah emak Awang Hamidi, Dayang Lufya.
Sarimah terpaksa meninggalkan anak perempuannya yang berusia dua bulan kerana Sarimah di anggap perempuan sial yang sentiasa membawa malang dalam keluarganya.
Di Cameron Highlands, nasib Sarimah agak baik kerana rakan karibnya Zaharah baik hati. Sarimah mengambil upah menjaga Tania, anak Zaharah dan suaminya Dr. Zainal.
Tanpa diduga satu tragedi hitam menimpa keluarga Zaharah. Zaharah dan suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Sebelum meninggal dunia Zaharah sempat mewasiatkan agar Tania hidup di bawah jagaan Sarimah. Zaharah juga meminta agar Sarimah menjaga perniagaan ladang mereka untuk Tania, sehingga Tania berusia 21 tahun.
Sarimah menjalankan amanah yang di berikan oleh Zaharah. 21 tahun kemudian Sarimah bersedia menyerahkan harta Zaharah kepada Tania.
Sarimah bertekad mahu pulang ke Sarawak untuk mencari anak perempuannya. Tania berat hati untuk melepaskan Sarimah. Pada Tania, Sarimah adalah ibu yang sempurna di matanya.
Namun Sarimah perlu segera mencari anaknya sebab Sarimah kesuntukkan masa untuk meneruskan kehidupan.
Tania berhasrat untuk mengikut Sarimah pulang ke Sarawak untuk membantu merealisasikan impian Sarimah yang mahukan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan harmoni.
Ikutilah kisah Sarimah mencari anak kandungnya Faizah serta cadaran yang perlu dihadapinya bila berhadapan dengan keluarga bekas suaminya.
PROMO DRAMA PELANGI HATI