Perubahan bentuk badan serta wajah merupakan satu perkara yang pasti akan ditempuhi oleh para wanita yang hamil dan ia pasti menjadi sesuatu kebimbangan apabila melihat perubahan diri tetapi bukanlah secara kekal kerana perubahan tersebut bersifat sementara dan akan kembali kembali kepada asal apabila melahirkan anak.
Berkisah sebuah posting di facebook wanita yang di kenali sebagai Nur Ain berkongsi pengalaman beliau mengandungkan anak kedua selepas 8 tahun dari anak pertama ,pengalaman yang pasti menarik perhatian setiap mereka yang membaca dan melihat gambar wajah beliau yang menjadi berkedut seolah menjadi seorang nenek tetapi ia merupakan perkara yang pasti tidak dilupakan kerana ramai yang Caring terhadapnya
Dalam yang bertaya pasti ada yang bermulut jahat itu merupakan perkara yang beliau terpaksa hadapi ketika hamil bahkan ada yang mengatakan beliau terkena sumpahan serta ada yang tidak ingin mengandung kerana takut wajah akan menjadi seperti beliau tetapi disebalik dari ujian pasti ada sumber kekuatan iaitu encik suami yang sentiasa memberi semangat dan memuji beliau cantik.
setelah melahirkan anak beliau beransur-ansur pulih dan mengambil masa selama 4 bulan untuk wajah beliau kembali normal semula ,beliau sempat berseloroh dengan gambar anak keduanya dialah yang mengabil seri mama tu..hehe.
Sumber: Cik Nur Ain